BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selamat mencari2....

Monday, April 26, 2010

::Exam::

Currently in exam mood~


Will be back after 9th May 2010




p/s: sometimes appear on facebook
Gambate mina!!
READ MORE ...

::Tagged by miss emmi::

1. selongkar beg anda, xkisah la beg duit ke, beg tangan ke, beg bimbit ke, i dont care!
2.ambil gambar barang2 dan tag kan gmba tersebut.
3.ceritkan serba sedikit kenapa anda memerlukan barang itu berada dalam beg setiap hari setiap masa.
4.akhir sekali, tag 5 orang.


Answer:

Menyelongkar beg.... beg aku ader byk la. G klas ngn LV, hangout with Prada slingbag, sometimes black bag yg my bf kasi...


kunci umah sewa... merangkap kunci almari d umah


beg duit... segala tok nenek sume ader...



aku yg rabun+silau... sumtimes bwk gak sun glasses


slaen function sbg fon, torch light d kala gelap...


fon... internet... mms... dlln...


others: tisu, hand sanitizer, pen


pasni, nk tag:
1. sofea yaya
2. miss hana
3. sunyi
4. ekal
5. adha


READ MORE ...

Tuesday, April 13, 2010

::To all women out there::

Ada sedikit info yang penting yang perlu kita saling mengingati.
This article has been taken from the internet.




CUCI BRA dan PAKAIAN2 BARU Anda, sebelum dipakai. Banyak orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukannya. Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini. Kami tidak tahu parasit apa yang ada didalam pakaian ketika kita membelinya.

Ya Tuhan. Menjijikkan. Kirimkan ke semua wanita!!!
CUCI BRA BARU Anda sebelum Anda memakainya!! Jadikan kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!!


Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang setelah ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyadari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya, tidak ada yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu.


Setelah ia kembali, ia menemui dokter karena sudah dimulainya rasa sakit. Dokter tidak tahu penyakit apa yang di derita nya, dokter memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, ia mulai mencari dokter2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Sialnya sang dokter sedang berlibur. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu Dermatologist tersebut.


Susan terkejut, setelah ia membuka perban nya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidah tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan kanal susu payudaranya
READ MORE ...

Monday, April 12, 2010

::Mana satu pilihan hati::

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

READ MORE ...

Monday, March 1, 2010

::Busy aje::

Sekarang ni memang busy sangat2
Banyak test, assignment yang menanti
Ada 2 trip yang nak kena handle
Busy la sangat aku kt UiTM ni


Condition aku...
Masih belum berubah
Still got cough n flu
Kadang2 fever
Xlarat dow...


Sampai bilik tido pun bersepah
Macam tongkang pecah
Macam mak aku cakap...
Kalah kandang babi...
Hahaha....

Will catch up soon

p/s: Mood.... "Huwaa!!!!" Wanna rest
READ MORE ...

Monday, February 15, 2010

::Ape dah jadi???::

Kate awk kita bersama bukan nye sehari
Masih tercari2 identiti sendiri
Masih cuba mengenal hati budi masing2
Kenapa harus beralah?
Kenapa harus diam membisu?



Kate awk kita harus bertolak ansur
Cuba memahami keadaan hidup masing2
Harus sentiasa berbincang supaya xde salah faham
Kenapa laen pula yg terjadi?
Kenapa awk yg menyepi?
Apa yg dah jadi?



Andai semua berpunca dari diri ini
Saya pohon ampun dan maaf

Jika masih ada terpendam di lubuk hati
Luahkan lah....


Saya masih di sini menanti jawapan
Hanya seorang insan yg lemah
Yg masih tercari2 haluan hidup
Bak kata ilmuan;
Hanya seorang hawa
Yg d jadikan oleh rusuk adam
Untuk berada d sisinya
Dan juga untuk d lindunginya


I'm sorry...





READ MORE ...

Saturday, February 13, 2010

::Layan kejap sebelum tido::

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
Sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam ini semakin larut
Ku masih terjaga...



Sayang kau di mana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau di sana merasa yang sama
Seperti diriku di malam ini...



Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi kurasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau di sini aku tenang...



p/s: Lagu ni sayu je. Tapi lirik cukup bermakna. Lagu ini dan filem nya adalah feberet ku masa zaman muda mudi dulu(skolah). Masa ni jiwang sorang aje. Mana ada boyapren agi.
READ MORE ...

::Haluuu::

I'm back.....
I'm home..........................
Midterm break for a week
Harap dapat release tension study
And also lepaskan rindu pada budak2 kecik kt umah

As for u dear....
Although we are apart,
I still miss you..................
Can't wait to meet you again

Beban da lepas sket.
But somehow giler susah....
Silap aku jugak, less concentrate in class
Hehe.... I'm not give up yet
Coz there still another test after break
Gonna be ready, gonna be prepared

p/s: Really ngantok rite now.... I'll update later k.
Camat malam cumer.....zzzzzzzzzzzzzz
READ MORE ...

Saturday, January 23, 2010

...Suka suki 21 Jan 2010...

Petang der kelas ganti BEL. Berdebar gak bila aku langsung xwat research ag pasal topik tuk public speech nanti. Kelas BEL kat makmal 5B2. Aku g ngan myra wit her night rider.... hahaha. Mujur gak sampai awal kt kelas. Dengan confident nya aku nak surf internet. Ceh... tempat yg aku duk tu xde pc la plak. Guna pc laen. Tengah2 duk search, lecturer pun masuk. Lega ati bila dia bukan nk check pun. Abes awal lak tu, around kol 1 setengah. Kemudian rushing g kelas CF kat dewan bakawali. Ada la beberapa orang cleaner tengah duk santai kat ctu. Ish3.... sedap nye duk rehat kt tempat sejuk gtu. Tengok jer aku ngn myra masuk, diorang terus kuor. Aku wt keje CF jap b4 prof masuk.



Prof masuk je trus kena submit keje. ALHAMDULILLAH... Mujur gak sempat beres. Klas CF pun abes awal, dalam kol 4. Myra anto aku kt umah. Duk umah tengok tv jer. Layan Na 0 Mei jap. Then wawa gtaw nk kuor g kerteh. So dia nak anto aku dulu la kt pasar minggu bandar. Mr D plak mesej suh beli minyak 2t. Mana la aku tahu benda alah ni. Singgah jap kat Petronas. Aku tanya la sorang pekerja tu. Tapi ye jawab a'a sambil geleng kepala. Ceh! rupa2 nya aku g tanya mamat bangla. Siot tol la. Last2 aku men pilih jer.



Sampai kt pasar, Mr D dah tunggu aku kt gerai yer. Macam dia cakap, 'gelap guguk'. Terkejut ye bila aku beli minyak 2t tuk motor berkuasa tinggi! Alah, layan jela. Sape suh aku g beli benda ni. Time aku sampai, family Mr D dah balik pun. Fuh... lega. Bukan xsuke jumpa diorang, tapi aku segan. Aku tolong ye niage sampai habis barang dagangan kami.... hahaha.... bapak skema perkataan tu.



Then malam kami dinner kat Laila Tomyam. Bapak lama nk bleh sampai order kami. Pekena nasi putih, tomyam putih, sayur kangkung ngan telur dadar.... Pergh.... Memang sedap la. Pas makan, dia anto aku balik.
READ MORE ...

Sunday, January 17, 2010

...Hidup baru...

Dah 2 minggu aku bergelar pelajar degree finance. Semester ni aku kena amek 7 paper.

1. Research Methodology
2. Financial Market and Institutions
3. Bahasa Arab 3
4. Presentation Skill
5. Corporate Finance
6. Personal Development
7. Quantitative Business Analysis

Subjek2 ni sume kaw2 blake. Aku dapat pengecualian kredit n terus skip ke semester 3.

Cukup pasal belajar2 ni. Sekarang ni aku duk kt student corner, ngn sorang classmate n 4 senior aku (sume part 5). Umah ni facilities sume cukup. In fact, diorang pun ada tambah things sket kt cni. Contohnya macam astro, tv. Aku on da way tuk pasang steamyx kt umah ni. Biar senang sket nk wt assignment. CC memang la xjauh, seberang jalan je. Tapi kemalasan tuk ke sana memang x d nafi lagi... hehe....

Cakap pasal housemate aku, diorang sume baek2 blake. Kadang2 diorang hantar aku ke class, ajak kuor makan. Pendek kata diorang ni sporting and caring. Syukur sangat2 lepas apa yang jadi, aku dapat berada d environment yang aku suka.

K la, nanti aku citer panjang lagi. Esok ada public speech. Nak kena prepare speech. K.... bubye
READ MORE ...

Thursday, December 31, 2009

...Selamat tinggal 2009...

Post kali ni agak laen sket. Yela, coz nak mengimbas some memorable moments sepanjang tahun 2009 ni. Less than 24 hours, we'll be reaching new year, 2010.

1st of all, aku akan merindui kenangan bersama kawan2 diploma batch Julai 2006. Kami yg cipta rekod batch teramai. Huhu... it's hard to believe, isn't it? Awal tahun merupakan semester terakhir aku sebagai student diploma. Banyak projek n assignments nak d siapkan. Xde masa nak bermegah sebagai senior d kampus. Aku plak bertukar bilik ke Redang 5, level atas skali. Memang betul2 mencabar. Hari2 mendongak ke langit, tengok bilik yg tinggi bebenor.. Mujur la ada sorang classmate aku yg tinggal kt depan bilik aku. Dia teman aku g makan, lepak2 release tension, n study. Just satu jer aku xikut dier, p JOGGING. Besela, weekend aku agak malas sket bangun awal.


Setiap kali ada group assignment, merayau2 la aku ke bilik kawan2. Paling jauh ke Karah, bilik kak ecah. Memang xley lupa bila assignment ke reject n kena buat balik. Dugaan besar tu... hoho. Kadang2 berkumpul kat library. Tokey broadband jd kaya sekejap bila group kitorang duk sewa broadband diorang.


Tuk subjek BD, group aku jual pizza dan muffin. Sambutan boleh tahan... Bila dah ramai student amek subjek ni, jadi banyak persaingan. Event paling besar skali masa jualan besar2 di datsu. Masa tu timbul idea tuk jual kek. Memang laku tol la... Share pun dapat banyak... hehe.


Bila dah dapat result, sob3... aku kena repeat subjek International Business. Masa tu rasa gelap skejap dunia. Tapi last2 aku amek supplementary exam. Alhamdulillah.... akhirnya aku da clear paper...


Macam yg korang tengok dari post2 aku yg lepas, tahun ni juga aku bergelar graduan Diploma Pengajian Perniagaan.... Yang ada tuk meraikan kejayaan aku ialah my beloved Mr D, kakak aku, and her husband. Masa tu xde rezeki untuk aku further degree. Goodbye kawan2... I'll catch up soon... hurm...


6 bulan menetap d rumah ckup mengubah aku, dari segi mental dan fizikal. Kat rumah aku just buat keje rumah dan jaga anak buah aku. Banyak melayan kerenah2 manusia d rumah yg telah aku abaikan sepanjang aku belajar d kampus. Dari segi fizikal, aku makin chubby... hahaha...


Bulan 11 menyaksikan keberangkatan ma dan abah untuk menunaikan rukun islam ke 5. Rasa sunyi jer kat umah. Adik2 plak telah d eksport ke Singapura bersama nenek. Bosan y amat duk sorang kat rumah. Waktu tu aku cuma harap one day I'll be back on the track, to be a student again. Bukan nya apa, aku just nak masa aku terisi dengan sempurna. Duk rumah, hari2 layan internet jer, xpun astro.

Tup2.... bla check je result, SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA DITAWARKAN TEMPAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (KEWANGAN). Yahoooooo..... melompat la aku. Suka sangat bila doa aku termakbul. Xkisah la kos aper pun yang aku dapat, as long as impian aku tuk further study dah tercapai.


Waktu korang baca post aku ni, aku masih lagi in progress packing barang. Perkara pertama yg aku akan buat pada tahun baru ialah pindah masuk ke rumah sewa. I'm so excited. Aku tahu belajar as degree student ni memang susah, but at least I wanna give a try. Struggle sampai satu masa, get my degree.......... Doakan aku mampu sampai ke tahap itu.....
READ MORE ...

Monday, December 28, 2009

...Ayang Vs Abang (copy from my friend's facebook)...

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance… ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,

ayang

ni abang lak bagi… .

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja… lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa… hahahhahahahahh
READ MORE ...

Thursday, December 24, 2009

...Kepulangan yang dinanti...

21 Disember 2009...

Jam 6.o5 petang sampai d airport Kuantan. Carpark hampir penuh. Biasa la, ramai sanak saudara yg datang tuk menyambut kepulangan ibu/bapa/tok yg di rindui...

Sementara menanti flight tiba, macam2 gelagat manusia yg dapat aku lihat. Yg agak berusia duduk bersembang sesama mereka, kanak2 berlari2 ntah ke mana2. Aku pula berdiri d sudut dunia, sambil melaporkan segalanya pada Mr D. Hujan turun yg menggila seolah2 mengerti gelodak kehendak manusia yg merindui saudara nya.

Kebosanan dan kepanasan menyelubungi diri ini. Lalu dengan confident nya aku ke kiosk berhampiran dan beli aiskrim. Hehe... Sekadar mendinginkan diri. Kedatangan kakak iparku membuahkan senyuman d bibirku tatkala beliau dengan humble nya belanja kami (termasuk adik2 ku, xlupa jua anak2 nya). Lalu sekali lagi dengan megah nya kami turut meng order sweet corn. Lalala~ terima kasih.... ('-')

Sambil menjamu selera, kulihat sebahagian dari ahli keluargaku membawa bekal yg berupa kuih muih. Mungkin jika kubawa tikar mengkuang, complete sudah picnic mereka. Huahuahua.

Detik ketibaan pesawat yg membawa pelancong+jemaah haji hampir tiba apabila petugas mengumumkan mereka akan melalui petugas keselamatan. Sanak saudara berpusu2 ke pintu ketibaan.





Begini la situasi mereka. Bersesak2 mencari ruang yg sesuai agar d lihat oleh saudara mereka. Tak kurang juga ada yg melambai2 kan tangan. Aku menanti d balik cermin kaca yg memisahkan ruang antara ruang petugas keselamatan dan ruang menunggu.







Dari jauh dapat kulihat pelancong2 dari Kuala Lumpur yg keluar. Mereka kelihatan agk kurang selesa melihat kebanjiran manusia d pintu ketibaan. Namun tatkala jemaah haji yg pertama keluar, kelihatan anak dan cucu tampil ke hadapan dan memeluknya. Suasana gembira bercampur lega apabila saudara mereka selamat tiba.






Ku lihat abang kandung ku melihat susuk tubuh yg duduk d kerusi roda. Itu la abahku. Biase la, dia ni agak feelin' sensitive. Almaklum la dia ni the eldest and the only man in my siblings.







Kerusi abah d sorong oleh kakitangan dari Rayhar Travels. Dari jauh kulihat senyuman nya. Lantas pabila beliau melintasi pintu ketibaan, beliau dipeluk abangku. Sob2... syahdu gilerr...
Semua yang menanti ketibaan abah membuntuti haluan kerusi roda beliau. Aku masih terpaku di situ, menanti kan seorang lagi insan yang penting di dalam hidupku.



Ma... Beliau yang ku nanti2 kan... Wanita hebat yang telah melahirkanku dan juga 7 lagi saudaraku. Ma keluar agak lewat sedikit memandangkan beliau yang menolak troli yg berisi barang2 miliknya dan abah. Kulihat wajahnya agak pucat. Mungkin kerna perubahan mendadak cuaca di Madinah dan juga di Malaysia. Aku menyambut nya beberapa meter dari pintu ketibaan dengan senyuman dan penuh rasa sebak di dada. Sape la xrindu mak sendiri ooii....
Seperti biasa, tugas abangku menolak troli. Waktu yang singkat di habiskan dengan pelukan sanak saudara dan perbualan mereka.

Keadaan mulai surut. Orang ramai mula beransur pulang ke kediaman masing2. Pastinya jemaah yg tiba agak kepenatan setelah melalui 2 penerbangan Mekah-KLIA-Kuantan. Wish putih tiba di perkarangan airport. Barang2 di bawa masuk. Abah, ma dan wan turut menaiki kenderaan itu. Aku dan yg laen2 turut beransur pulang menaiki kenderaan masing2.
Haha... sempat lagi aku janji dengan Mr D untuk tiba di rumah sebelum 9.15 malam. Dan akhirnya..... Aku tiba pada jam 9 malam. Hooray... satu kemenangan buatku. Lalala~
READ MORE ...

Thursday, December 17, 2009

...My BIRTHDAY...

15 Disember 2009

Di ambang ulang tahun kelahiran ku yang ke 21, macam2 masalah yg melanda...
Biasala, misunderstanding. Aku bukan bermaksud untuk membuat 'nya' terasa hati. Aku marahkan orang lain, dan kebetulan aku luahkan pada 'nya'. Di sebabkan orang yang aku marah tu too close dengan 'nya', menjadikan 'nya' marah padaku. Aku bukan xmahu mintak maaf, tapi perbuatan nya di malam tu cukup membuatkan aku untuk tidak memohon maaf. Sorry to say, niat aku tuk mintak dh mati dengan sikap nya. Tapi air yang di cincang xkn putus. Aku xmarah pun. Bagi aku, family is important. No hurt feeling.

Seperti biasa, kemas rumah is still on schedule. Rasa rajin sket hari ni, so aku masak for lunch+dinner. Dah nama pun duk sorang kt umah. Just lauk sardin with telur goreng. Nak masak grand2 pun xguna low sekadar cuma aku sorang yang makan. Ingat kan xke mana hari ni. Supposed hari ni der test komputer, tp dah di tunda. Bla3... tunda lagi.

Petang, around kol 2, Mr D datang n bawak aku ke Kuantan.


This pix was snap masa Mr D kuor tuk beli roti kt lori Gardenia



1st stop kat Megamall. Aku p beli tiket movie sementara Mr D look for carpark. Then kitorang jumpa kt starbuck. Lunch kt restoran taj. Menu as usual, nasi beriani.
After that, went back to Megamall. Ada skuad era kt depan Megamall. So, kami jawab la tiga soalan n dapat 3 hadiah


Hadiah yang kami dapat... so fun



Memang xlengkap la low xbeli something and..... race daytona kt arcade. Ntah berapa round kami race.




Pose lepas habis race... huhu




Aksi seorang juara..... hahaha


Then kami p tonton movie. Movie yg aku pilih was "SANTAU". So scary tp best.
Habis movie, kami p jalan2 kat ECM.









Kembali semula ke Megamall coz he got suprise for me.
Last stop, kami ke TC. For celebrating my birthday




Our dinner...




This is the suprise from him.... A blueberry cheese cake





And the song begin...




Aksi potong kek yg agak pelik.... hurm...






Thanx cyg for lovely day...
READ MORE ...

Sunday, December 6, 2009

...Salam aidiladha...

Tahun ni sambutan ala kadar je.
Abah ngan Ma pergi menunaikan haji
Semoga selamat pergi dan pulang...
Kami adik beradik just siapkan hidangan y biasa
My sis and me masak kuah kacang and nasi himpit, while her hubby bakar sate
Sambil tu duk kemas rumah la...
Thanks for my bro's mother-in-law coz buat kan nasi minyak.
Adik2 raya kat Singapore with nenek.
Can't bear to hear their tears--> nak balik umah!!!
Talking about tetamu... hahaha
Mr D balik kampung... so it can't be him....
Yang datang just miss emmi with aiman.
Tu pun masing2 makan leh tahan... terutama miss emmi
Dahsyat2.... huhu
But thanks coz sudi datang



Miss emmi with Madam D... captured by Aiman



Selamat hari raya!!!



Buang tebiat kejap... hahaha


p/s: Jiran bagi danging korban. So do miss emmi. Thanx yer!

READ MORE ...

...Birthday Haziq...



Happy 4th birthday (16/11/2009)
Celebrate awal sehari, coz my sis in law cuti
Pendek citer, ramai la budak2 kt sana
(kami meramaikan lagi.. huhu)



Myra and Haziq



Cepat2 potong kek!!



Malu2 la plak cik Pia ni...



Eddy pun nak jugak...



Eddy, Ateh, ngan Achik (me)

READ MORE ...

...Happy birthday dear...


7th November 2009...
Birthday Mr D yang ke 24...
Ada ke pat0t dia bangun lewat (petang)??? ishk3...
Xpe2... Mr D still datang pick me up

As his special day, kit0rang sambut kt Kuantan.
Just a simple dinner...
Segan gak, c0z l0m beli ag present
But he's co0l...

B4 balik, kit0rang lepak2 kt TC
Teng0k persembahan Michael Jackson fake... hahaha
Tetiba terpandang 1 s0uvenir ringkas but agk cute
It's a small vase with l0ve clip on it.
Since b0leh write smthg on it,
adela yg special madam tulis... hehe
And xlupa take away McD..

READ MORE ...

Friday, December 4, 2009

...My CONVOCATION day...

22hb Oktober 2009
  • bertolak dari Kemaman agak lewat-petang
  • berhenti di Hentian Temerloh-makan, rehat (mr D)

so oily maa...


captured him tgh usya dak junior...


  • sampai shah alam tengah malam
  • lapar... went to PKNS-->mcDonald
muka lapar+letih drive... hahaha


kumenanti dengan sabar.... huhu


  • balik rehat at Intekma (seksyen 7)
  • tidur.......zzzzzz


23 Oktober 2009
  • ke UiTM-->amek jubah, sesi raptai
  • jalan2 cari makan... h0h0h0
SACC...


lunch kat PKNS... pastu stop by... rileks2 dulu


Mr D xpuas hati pix yer xde... hehe


Beli d SACC mall tuk stok d bilik... lalala


My favourite... thanx dear...

  • Then balik hotel, take a nap for a while....zzzz
  • Miss Hana kol ajak lepak... klas ye cancel today
  • Amek Miss Hana n Izzati (classmate mase form 2) kt depan kolej seroja
  • Lepak2 d medan selera kt seksyen 2 (sebelah KFC)


ABC ku yang semakin mencair...


Cendol nyer... enteframe tol la


  • dekat maghrib, hantar Miss Hana n Izzati balik
  • 3 kali pusing roundabout y sama... hahaha (pasal slah faham Miss Hana ngn Mr D)
  • balik hotel, bersiap
  • malam-we went dinner with abah, dada n hisyam at KL International Hotel
  • balik-midnite.... tido.....zzzz

24hb Oktober 2009
  • Jalan2 day...
  • Ke The Curve, One Utama
  • Xsah la low xshopping... hehehe
  • Watch 3D movie, "Cloudy with a chance of meatballs"-->treat by hisyam n dada (tq!!)









  • malam-ke KLCC
  • Pameran motor GP...
  • Especially for Mr D... love u!
Pelumba favourite Mr D... Valentino Rossi


Kami d Pameran Motor GP@KLCC


  • Then ke Mid Valley-watch movie... again
  • With Dilah.... midnite movie...PAPADOM

Dilah and me after movie...


  • Around 2 am, hantar Dilah balik
  • Balik tido....zzzz

25hb Oktober 2009
  • Convocation day... bangun lewat!!! hahaha...
  • Xsempat breakfast n check out hotel
  • Jumpa hisyam n dada kt shell seberang gate UiTM
  • Melalui liku2 y lucu... bas laju cam roller coaster
  • Hisyam balik tido... penat kot...
  • Sampai 2 jer terus kena bersiap

Mc Ya n me... tq for tolong persiapkan beta... hehehe


  • Beratur panjang... my turn was 590!!!
  • 2 kali kena check suhu... once masa nk naek bas tadi... once masa beratur
  • hygiene... cuci tangan, wear face mask...

Kelakar x??


Pas habis sidang... pix with Syafa...


Dada n me...


Mr D with Madam D...


Ehem... bangga siott... haha


  • Pegi pulang jubah n dapat transkrip with diploma
  • Dapat bunga dari Mr D... tq cayang...
  • Panas terik... terus balik
  • Naek roller coaster... again
  • Hisyam dah tunggu kt bus stop
  • Lunch time... Hisyam belanja
  • Rehat kt umah Mummy...
After renovation...


-------------------------------------Conclusion--------------------------------------------------

  • I'm having fun
  • Grad diploma from UiTM
  • Vacation with my love

READ MORE ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...