BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selamat mencari2....

Thursday, December 24, 2009

...Kepulangan yang dinanti...

21 Disember 2009...

Jam 6.o5 petang sampai d airport Kuantan. Carpark hampir penuh. Biasa la, ramai sanak saudara yg datang tuk menyambut kepulangan ibu/bapa/tok yg di rindui...

Sementara menanti flight tiba, macam2 gelagat manusia yg dapat aku lihat. Yg agak berusia duduk bersembang sesama mereka, kanak2 berlari2 ntah ke mana2. Aku pula berdiri d sudut dunia, sambil melaporkan segalanya pada Mr D. Hujan turun yg menggila seolah2 mengerti gelodak kehendak manusia yg merindui saudara nya.

Kebosanan dan kepanasan menyelubungi diri ini. Lalu dengan confident nya aku ke kiosk berhampiran dan beli aiskrim. Hehe... Sekadar mendinginkan diri. Kedatangan kakak iparku membuahkan senyuman d bibirku tatkala beliau dengan humble nya belanja kami (termasuk adik2 ku, xlupa jua anak2 nya). Lalu sekali lagi dengan megah nya kami turut meng order sweet corn. Lalala~ terima kasih.... ('-')

Sambil menjamu selera, kulihat sebahagian dari ahli keluargaku membawa bekal yg berupa kuih muih. Mungkin jika kubawa tikar mengkuang, complete sudah picnic mereka. Huahuahua.

Detik ketibaan pesawat yg membawa pelancong+jemaah haji hampir tiba apabila petugas mengumumkan mereka akan melalui petugas keselamatan. Sanak saudara berpusu2 ke pintu ketibaan.





Begini la situasi mereka. Bersesak2 mencari ruang yg sesuai agar d lihat oleh saudara mereka. Tak kurang juga ada yg melambai2 kan tangan. Aku menanti d balik cermin kaca yg memisahkan ruang antara ruang petugas keselamatan dan ruang menunggu.







Dari jauh dapat kulihat pelancong2 dari Kuala Lumpur yg keluar. Mereka kelihatan agk kurang selesa melihat kebanjiran manusia d pintu ketibaan. Namun tatkala jemaah haji yg pertama keluar, kelihatan anak dan cucu tampil ke hadapan dan memeluknya. Suasana gembira bercampur lega apabila saudara mereka selamat tiba.






Ku lihat abang kandung ku melihat susuk tubuh yg duduk d kerusi roda. Itu la abahku. Biase la, dia ni agak feelin' sensitive. Almaklum la dia ni the eldest and the only man in my siblings.







Kerusi abah d sorong oleh kakitangan dari Rayhar Travels. Dari jauh kulihat senyuman nya. Lantas pabila beliau melintasi pintu ketibaan, beliau dipeluk abangku. Sob2... syahdu gilerr...
Semua yang menanti ketibaan abah membuntuti haluan kerusi roda beliau. Aku masih terpaku di situ, menanti kan seorang lagi insan yang penting di dalam hidupku.



Ma... Beliau yang ku nanti2 kan... Wanita hebat yang telah melahirkanku dan juga 7 lagi saudaraku. Ma keluar agak lewat sedikit memandangkan beliau yang menolak troli yg berisi barang2 miliknya dan abah. Kulihat wajahnya agak pucat. Mungkin kerna perubahan mendadak cuaca di Madinah dan juga di Malaysia. Aku menyambut nya beberapa meter dari pintu ketibaan dengan senyuman dan penuh rasa sebak di dada. Sape la xrindu mak sendiri ooii....
Seperti biasa, tugas abangku menolak troli. Waktu yang singkat di habiskan dengan pelukan sanak saudara dan perbualan mereka.

Keadaan mulai surut. Orang ramai mula beransur pulang ke kediaman masing2. Pastinya jemaah yg tiba agak kepenatan setelah melalui 2 penerbangan Mekah-KLIA-Kuantan. Wish putih tiba di perkarangan airport. Barang2 di bawa masuk. Abah, ma dan wan turut menaiki kenderaan itu. Aku dan yg laen2 turut beransur pulang menaiki kenderaan masing2.
Haha... sempat lagi aku janji dengan Mr D untuk tiba di rumah sebelum 9.15 malam. Dan akhirnya..... Aku tiba pada jam 9 malam. Hooray... satu kemenangan buatku. Lalala~

0 usul laen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...