BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selamat mencari2....

Sunday, December 26, 2010

:: RENUNGAN MEMUJUK HATI ::

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah
 ‘ia’ datang memberi seseorang .Seluruh
cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda
kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak
,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidupuntuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut,
carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana – mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan
orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.
Wassalam

p/s: credit to Belaian Jiwa...
READ MORE ...

Saturday, December 18, 2010

:: Aku dan kedai kek ::

Setelah confirm dah dengan tokey kedai kek, aku bangun awal pagi ni. Pakai simple2 je... Pastu kol kak wati n anor, kot2 la diorang lom siap lagi. Tapi anor xjadi pegi. Myra muntah2 dari semalam, salah makan or terlebih makan... I guess. Kak wati sampai kol 8 lebih, dengan Haziq n Pia. Xpe, makcik2 laen ada leh jaga.

Kak wati drive. Hahaha... Malu plak wase. Aku dah dapat L, tapi xdela secekap dia drive. Mula2 kitorang lalu depan bank Islam, cari punya cari, xjumpa2. Pastu kol ma. Ma cakap belakang Nirwana. Wat la u turn kt SMC n patah balik ke sana. Mujur gak jumpa. Padan pun, tempat ni nampak tersorok sket. Mak cik Nani ngn laki ye dah tunggu luor kedai. Masa kitorang sampai, dah kol 9 suku. Ingatkan dah lambat, rupa2 nya klas lom mula lagi. P register nama n bayar fee rm35 per person.

Kelas ni dikendali oleh encik Amran. Then ada la dua orang perempuan cina dari fonterra. Fonterra ni pengeluar makanan jenama ANCHOR. Taw kan? Yang der butter, keju, cream... kira most bahan tuk wt kek n tat dari brand ANCHOR.

Soal resepi, aku update later. Ni ada few pix yg sempat aku snap dalam kelas.



sarang tuk blueberry cheese tart... aku sempat gak wat satu... so soft







 En Amran ajar those kakak-kakak to make those sarang tart







Peach chilled cheesecake selepas wt kuor dari chiller






Baked cheesecake selepas kuor dari oven






Yang ni strawberry mousse after chilled semalaman






 Selepas sarang tart siap, it's time to fill it with fillings







 Close up those tarts







 Strawberry mousse done with deco of whipped cream, stawberry filling n strawberry slices  :)







 Baked cheesecake done... deco with thin cover of whipped cream n cheddar cheese  :)







 Blueberry cheese tart done...  :)







 Peach chilled cheesecake done... :)







Aku with my sis in law






p/s: Dapat juga wat balik setiap satu. Also the chef bagi butter Anchor as souvenir. Best!!!
READ MORE ...

Thursday, December 16, 2010

:: Appreciation towards family & friends ::






Post ni bkn tuk nyanyi tuk diri sendiri. Di kesempatan ini, aku nak ucap TERIMA KASIH for all the wishes, xkira la via facebook, fon... i really appreciate it. Dah besar2 gni, susah nak dapat birthday gift... hahahaha... macam mengharap plak (low dapat, ape salahnya kan...)

Umur dah masuk 22 tahun... abes skolah, dah... dapat diploma, dah... dapat degree, lom lagi... keje, xleh cari lagi... kawen?? aiyya... lom taw lagi... hehehehe. Apa azam tahun baru? Sume cakap nak success, buat lagu TERBAEEEKK... tapi aku cma ingin bahagia. Aku nak kecapi hidup seaman yg mungkin. Low korang ada baca dari post2 terdahulu, ada orang yg masih xpuas hati ngan aku. Aku nak minta maaf pada korang semua. Xterlintas dek benak fikiran ni tuk create war ngn korang. Aku xnk make enemy. Honestly, cukup2 la tu. Hidup kita pun xpanjang kan. Bila2 masa je tuhan boleh tarik nyawa kita. 

Lagi satu, aku cuma nak tebus segala kegagalan aku. Apa yang aku gagal? cma aku dan Allah swt yg tahu. Bak kata boyfriend aku, hidup ni tuhan dah cipta seadilnya. Cuma kita yg jadikan nya xadil. Jadi, stop blaming ourselves and others for the mistakes that we've made. Kita yg kena repair balik those damages yg kita dah buat, be responsible with everything we've done. The past, let it pass...
READ MORE ...

Tuesday, December 14, 2010

RENUNGAN | Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Tagaabun:11)

DOA PILIHAN | “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpahan RAHMAT dari sisi-Mu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” [Al 'Imraan 3: 8]

MUTIARA KATA | Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

READ MORE ...

:: Renungan bersama :

Jangan Bersedih ~ Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda, kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu terjadi apabila anda sentiasa bersabar dan redha dengan segala ketetapanNya samaada susah atau senang.
RENUNGAN | Sesungguhnya semua benda yang ada pada diri kita hanya pinjaman, Hak Mutlak adalah milik ALLAH SWT termasuklah NYAWA kita sendiri.
MOTIVASI | "Berfikiran positif dapat mengelakkan penyakit. Apabila berfikiran negatif kita berasa tertekan. Rasa tertekan mendatangkan penyakit. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda". - Tn Syahrul Nizam Junaini
Kadangkala kita suka membuang masa hanya semata-mata untuk mencari kesalahan orang lain dalam apa jua yang mereka lakukan. Carilah kesalahan diri sendiri terlebih dahulu sebelum suka menyalahkan orang lain. Sesungguhnya tiada manusia yang serba serbi sempurna. Setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai kelebihan & kekurangan masin...g-masing. Sama-samalah kita renungkan...
- Ust Noor Hisham Ismail
 Jangan Bersedih ~ Berilah hatimu untuk Allah, pasti Dia temukan padamu pemilik yang terbaik. Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Dia aturkan seluruh masa hidupmu sebaiknya..
RENUNGAN | Bersihkan diri kita dari sifat Mazmumah yang terkeji....semaikan dengan sifat Mahmudah yang terpuji, Insya Allah diri kita akan terhindar dari MUSUH yang ada pada diri kita. Diri kita adalah musuh kita sendiri sekiranya sifat yang terkeji masih menguasai diri kita...!!!
- Muhamad Kamil

CUBA RENUNGKAN | Jika kita dimarahi, kita mungkin pernah memarahi orang. Jika kita diumpat, kita mungkin pernah mengumpat orang. Jika kita dihina, kita mungkin pernah menghina orang. Selepas ini, sentiasalah letakkan diri kita ditempat orang lain. Jika kita tak mahu dihina, kita jangan menghina orang. Buatlah sesuatu y...ang baik terhadap orang lain, InsyaAllah, kebaikan itu akan kembali kepada kita. Itu hukum alam.

MOTIVATION | When you put good out you will get good back. What good have you been putting out? Ask ourself this question daily
- Prof Muhaya Mohamad

Jangan Bersedih - Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, melupuskan tekad dan menguburkan masa depan.

Jangan Bersedih ~ Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati. Sedekahlah orang yang papa, tolonglah orang yang terzalimi, ringankan beban orang yang menderita, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang... terkena musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua sisi kehidupan anda!

RENUNGAN | Salah satu sifat orang bertaqwa adalah memaafkan. Erti sebenarnya adalah memaafkan sebuah KESALAHAN bagi yg melakukannya, yg biasanya tidak layak menerima kemaafan. Itulah kekuatan org bertaqwa, iman & hati mrk mampu songsang arus nafsu lalu memaafkan walau aqal kelihatan tidak mengizinkannya.
- Ustaz Zaharuddin

READ MORE ...

Friday, December 10, 2010

:: Petua Untuk Buang Ilmu Penunduk ::

Ilmu penunduk itu sebenarnya dibantu samada jin pontianak, jin berupa binatang atau hantu raya. Sekiranya tidak dibuang “ilmu” tersebut, benda-benda  itu akan ganggu anak-anak keturunan anda. Seterusnya anakanak, cucu-cucu dan cicit-cicit akan mewarisi atau diduduki jin saka sihir yang beranak-pinak. Bermakna setiap keluarga dari anak-anaknya besar kemungkinan akan ada ahlinya yang sakit ketumbuhan di kepala, akan dapat penyakit mental, atau kurus kering. Begitulah "upah"nya dalam bahasa jin sihir.

Sebagai cara menawarkan “ilmu” tersebut:
  1. Mandi air Yasin tahlil masjid selama 7 hari berturut-turut. Air Yasin dicampur 5 biji limau purut. Sebaiknya jemaah yang baca 21  orang atau lebih.
  2. Baca Surah al-Baqarah 1 kali atau  Surah Yasin 3 kali setiap hari.
  3. Lakukan qiamulail selama 7 malam berturut-turut, Sebaiknya bersamaan dengan mandi air Yasin

p/s: terlintas untuk post ini kerana satu fitnah... nauzubillah... semoga mereka bertaubat dan kembali le jalan-Mu... Amin...
READ MORE ...

Tuesday, December 7, 2010

:: Annual Outing ::

Aku, Emmi ngan Ain wat reunion sdn bhd. Date on 2nd dec lepas... at Mesra Mall. Aku xtaw la npe aku agak lambat update ni... Mungkin lagi mudah bla update kt fb. Tapi janji tetap janji. Ada la few pix aku nak share ngn korang tentang aktiviti kami di sinuunnn....

(p/s: pix agak berterabur... xikut susunan. mostly pix banyak yang emmi snap. ni je yang aku ader.... )

Emmi ngn Ain... Ni lepas makan. Kira muka senang hati la ni.... lalalala~

Ni time nak balik dah... Aku sempat beli Moccha Peppermint kat Starbuck... ;)




Emmi pose kt Xmas tree... Pak cik security tu pandang semacam je.... hahahaha




Ni muka kelaparan.... Agagaga~




Aku plak pose depan Xmas tree... Gila control.... :)




Ni walk2 eat air + window shopping kat Reject shop. Mirror tuk test baju kitorang wt test market... :)


Majority kedai2 kami redah... Tapi ader la shopping sket, xdela yang havoc sangat pun... Tapi mission accomplished! Dear gurls, cuti lenkali, kita date lagi k...  :)
READ MORE ...

Thursday, December 2, 2010

:: Suara Ku Berharap ::


Suara Ku Berharap - Luna Maya Ft Hijau Daun

di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
ooo

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu (aku menunggumu)
aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
repeat reff [2x]

suara dengarkanlah aku
READ MORE ...

Wednesday, December 1, 2010

:: Perasaan yang bercampur baur ::

Sedih sangat...
Aku xtau pe masalah dia. Moody semacam je. Bila aku tanya, marah yang aku dapat. APA MASALAH HAH??? bagitau jela. Aku paling3 xsuke bila orang moody sebab perkara laen, tapi tempias kena kat aku. Aku marah kn orang laen, aku xkn marah dia plak. Agak2 la, aku pun ader hati perasaan jugak. Low masih nak bersama, layan la leklok. Dah xnak citer prob, jangan la sewenang-wenang nak marah aku. aku ni dah la xtau citer.

Marah @ Geram...
Patut ke aku kena marah tanpa sebab? Low betol la tu salah aku, bagitau la ape salah aku. Jangan nak serkap jarang dalam kelambu. Kita sepatutnya bincang. Low wase xnk share sekalipun, jangan la nak share marah ngan aku. Aku yang mood leklok pun blh jadi stress. Aduhai lelaki, ego setinggi langit pun, sedarlah kaki masih berpijak di bumi yang nyata. Sedar la yang awak dah spoil mood orang dengan kemarahan tanpa sebab. Senang cakap korang ambush xpakai helmet!!!!

Happy @ Chill
Aku, emmi ngn ain da plan nak kuor esk. Ni la aktiviti kami each year. Usually kami jumpa time buka pose, raya + raya haji. But this year, aku cma banyak jumpa emmi je. Wit ain agak kurang. Yela, masing-masing punya life sendiri. Aku study kt UiTM Dungun, Emmi plak kat UIA, Ain plak dah kerja kat Kemaman ni. Payah sangat nak dapat berjumpa. Ni kira annual meeting kami la. Soal tempat, kami da bincang. Insya Allah, low xde aral melintang, aku akn post some pix kt blog. Or low x pun, emmi yang post.

Kegeraman, kemarahan dan kesedihan aku masih bercampur baur d hati. But I hope dengan annual outing esok boleh mengurangkan segala2 yang negative.

Pada encik daing or bf ain, bf emmi.... Ni girl's day out. Kami xangkut jantan. Biar la kami enjoy dulu. Ni la cara baek tuk bjumpa semula + mengenang memori masa zaman skolah.
READ MORE ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...