BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selamat mencari2....

Thursday, March 10, 2011

Kerinduan...

Setiap kali pandang desktop lappy, for sure aku view pix ni.... Ni la kenangan terakhir arwah di facebook. Untuk yang xkenal, ni la arwah abang aku.Mohd Hisyamuddin Yahya 
Beliau da meninggal dunia 27 dis 2010, sakit jantung... Arwah meninggalkan isteri dan dua anak yang masih kecil (5 tahun & 2 tahun). Pemergiannya memang mengejutkan. Tapi arwah berpeluang menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.


Beberapa hari sebelum arwah meninggal dunia, aku ada text ajak datang umah (umah family). Tapi arwah xreply langsung. Dia sibuk dengan kerja di pelabuhan ngan Tioxide. Biasa la, ada kapal baru masuk. Jadi banyak kerja pengangkutan dari kapal ke gudang. Aku xrasa pape mase tu.

Mase arwah meninggal (awal pagi), aku masih tido. Adik aku yang kejutkan aku. Tengah2 mamai, aku harap kata2 adik aku tu satu gurauan. Xsangka tu semua betol2. Gelisah kami 3 beradik bila xde sape yang boleh hantar kan kami ke sana. Mujur jiran aku yang baru balik dari masjid datang bertanya. Kami ke sana atas ehsan jiran yang sudi hantarkan.

Aku xmampu nak pandang jenazah abang aku. Terus aku capai kitab yassin dan baca. Aku sempat text kawan2 aku yang rapat ngan arwah (termasuk la bf aku)... Aku lihat ma tersedu sedan baca surah yassin, abah plak kol sedara mara tuk gtaw. Nada suara nya sebak sangat...

Sebetulnya aku xleh lama duk dalam rumah. Aku sibukkan diri ke sana ke mari. Bf aku sentiasa ad d sisi aku (terima kasih sayang...) beri kan semangat pada aku. Aku masuk semula dalam rumah bila tiba saat jirusan terakhir dari keluarga. Semua ada (kecuali kakak2 aku, dada dan dilah... diorang still otw dari KL), sebak sangat bila jirus air pada tubuh arwah. Sempat aku usap wajahnya... sejuk... Adik bongsu aku sampai menangis...

Simpan jenazah (tanam) terpaksa ditunda hingga ke petang... Tunggu nenek, mak2 sedare & pak2 sedare dari Singapura... Dan for sure tunggu kakak2 aku n her family-in-law dari KL... Aku hampir2 terlepas kucupan terakhir bila aku duk ralit sibukkan diri. Alhamdulillah, aku masih sempat...
Jenazah arwah di kuburkan d sebelah kubur arwah tokki (dulu arwah yang jaga tokki mase kaki tokki kena potong dulu)... Cuaca cerah sepanjang hari. Aku cuma tunggu di masjid, bersama balu arwah dan ahli keluarga yang lain. Keesokan hari dan seterusnya, baru la hujan (aku xtahu apa maksud nya, tp aku bersyukur jenazah dikebumi dengan sempurna).

Terima kasih keluarga... kerana sentiasa ada untuk aku...
Untuk Daing Mohd Faisal Daing Muda... terima kasih atas semangat yang abang bagi...
Tuk sanak saudara dan rakan2 arwah... minta d halal kan semua dan pohon d ampun kan segala kesalahan arwah semasa hidupnya.

Post yang seterusnya, aku nak share dengan korang luahan hati kakak ipar aku (isteri arwah)...
Al-Fatihah...

0 usul laen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...