Rasullullah SAW bersabda," Sesiapa membaca 10 ayat, yakni
4 ayat dari awal surah Al Baqarah (1- 4)
4 Ayatul Kursi dan 2 ayat selepasnya (255 - 257)
Penutup surah Al Baqarah (284 - 286)
Nescaya Syaitan atau perompak tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi
p/s: Rumah sewa aku dah dimasuki pencuri. Korang da baca kan post aku yang lepas? I did mention about it. Jadi, walaupun bakal masuk rumah baru awal tahun depan, aku tetap kena amal, dan korang sume pun.
Semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini..... Amin
Migrain ngan aku ni ibarat sedare terpisah. Bila dah datang tu, lupe la dengan keperluan sekeliling. Asyik duk fikir kan sakit je kepala ni. Anyway, from da wise guy profile, aku nak share sket with korang regarding MIGRAIN
Apakah Yang Menyebabkan Migraine?
1. Alah pada Makanan – Contohnya sos tomato, nescafe, makanan berminyak sapi, coklat atau air yang terlalu sejuk.
2. Alah pada Stress - Contohnya jika terlihat atau memandang cahaya yang amat terang
3. Perut Lapar dan Tidak Cukup Tidur
PETUA: Ambil karung kertas atau plastik dan tekup pada mulut dan hidung dan bernafas berulang kali ke dalamnya.
Ulang beberapa kali. Jikalau migraine terus berlaku juga, tidurlah dan rehat di dalam bilik yang gelap dan sejuk.
Ni antara citer favourite aku masa zaman kanak-kanak milo (dah memang aku minum milo). Dulu punyer la duk susah-susah nak menghafal lagu ni, skarang siap ader video skali ngn subtitle... tapi memang lawak tol ar... Sape la punyer angkara.... korang memang tip top tol ar.... Hahaha.... Jom kita layan...
p/s: credit to MarilahBerbaikbaik for this video...
1. MENINGGIKAN SUARA >> Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
>> Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
>> Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
>> Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
>> Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
>> Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
>> Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
>> Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
>> Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
>> Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
>> Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
>> Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
>> Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
>> Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
>> Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
>> Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
>> Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
>> Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
>> Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
>>Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Lau orang tengok aku sekarang, mesti diorang ingat aku malas study....
Huhuhu... Ade la sket betol nye. Tapi hari ni aku stay up demi dua perkara;
1. Birthday lelaki yang aku cinta
2. Study lorr...
Berbalik pada hal tadi, aku nk wish birthday kt my love ni. Tapi da kol banyak kali, xberjawab langsung.
Tido mati agaknye laki aku ni... Huhuhu.... Tapi siang tadi dia ada gtaw yang he got headache. Takpe la sayang, have enough rest. Semoga cepat sembuh ye. Nanti pas dua paper, kita p celebrate ea... Tayam abamm...
p/s: Dah lewat ni, sok lau saya xbangun, tlg kejutkan ea.... Hahahahaa
Memandangkan broadband line ijau sekarang ni, terbantut la hasrat nk upload pix my dear... Xpela, just tengok kt right side sudah....
Mc Donalds Dungun da buka!!!
So ramai la berpusu2 pegi sana. Glamour kalah artis datang. Aku pun xlepaskan peluang pegi sana.
Bese la, boypren punye feberet la kata kan...
Bangunan tiga tingkat, tapi baru half yang siap, yang lain still on da way.
Tingkat atas skali pun belom siap, kira diorang ni buka ikut syarat due jela.
Okay la... tu yang aku leh cakap... papehal datang tengok sendiri la
Kat sebelah pasar buah, Jalan Pak Sabah...
Tapi cian plak aku tengok kt KFC ngn Pizza Hut, sunyi je...
Bese la, new in town... sat agi sama level jela korang
Aku balik umah, nampak aku flyers promotion dari Pizza Hut...
Hahahaha.... Lucu plak wase....
Cakap pasal study aku, next paper will be on 8th, 9th, 11th n 14th....
Orang laen da cbuk nak pack barang tuk wt balik tapi aku duk terhegeh2 lagi nak study
Sedey tol ar. Dah la 1st day exam aku ader paper, last day exam pun ader jugak!!!
Kira pembuka dan penutup exam la aku ni.
Macam aku kata tadi, paper 2 hari berturut2 pun aku sempat lagi layan fb ngn blog.
Hahahaha..... k la, lama duk layan tenet ni, makin xjalan keje...
Dan sekali lagi aku share kan dari laman sosial. Kali ini dari seorang selebriti yang pernah terbabit di bidang penyiaran. Sama-sama lah kita mengamalkannya...
Baca Surah Yusuf Ayat 4 - Bermaksud:"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39 - Bermaksud:"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)
CARANYA: Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua-dua ayat tersebut. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah selalu membaca di hadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Salam sumer...
Aku terbaca aritikel yg menarik dari laman sosial facebook. Ader few parts yg aku nk share ngn korang...
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Dari lagi satu post, isu nya menyedarkan aku sebagai umat islam.
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku) Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
Got lot of things to share... Tapi let me start it with what happen before raya...
Rumah sewa aku d masuki pencuri. 2orang pencuri tu da kebas semua harta kesayangan aku. Da buat polis report. Yg di ambil 3 handphone, laptop, broadband, duit, few zhulian jewellaries and estimate sume around rm4k. Masya Allah... Lagi mengejutkan bila both pencuri tu baru berumur 17 tahun! One of them anak lecturer which his mum is ustazah. Insya Allah, kalau ada rezeki, aku nk je jumpa parents dak tu. Sekarang polis is still searching my stuff (harap2 la ada lagi). Budak2 tu dah ditangkap sewaktu cuba tuk mencuri di rumah seorang ustaz. Kuasa tuhan... rumah tu da dipagar dengan kalimah2 suci. Sebaik saja diorang masuk, diorang xjumpa jalan keluar. Allahu akbar...
Raya aku tetap meriah even aku still 'berkabung' dengan apa yang berlaku. Thanks to my precious boyfriend, until now he still lend me his handphone. About other stuff, those yg blh renew, aku renew la (simcard, bband). Syukur alhamdulillah... keluarga amat memahami.
After raya, lots of test. Honestly, ader yg lulus n ader yg failed. Yg baek of course kurniaan Allah SWT n the bad is fom my khilaf. Also banyak assignment yang kena sbmit n made a few presentations.
Something happened. Hope my boyfriend boleh lalui dengan tabah. Ingat sayang, kita xmintak sume ni terjadi pada diri kita. Me too. Xmintak pun dtuduh sebagai orang jahat. Sometimes kita careless, darah muda yang cepat sangat mendidih. But somehow, xpnah terlintas tuk buat perkara2 yang syirik, apatah lagi untuk berbuat khianat pada orang yang dikasihi. Astaghfirullahal azim....
Jumaat lepas, aku n others part 4 finance organize dinner. Tema nya glitzz and glamorous. Event kitorang wt kat Taman Tamadun Islam, KT. Even yg hadir just around 130++, tapi still meriah n grand. Those xdatang tu memang rugi... hehehe. Thanks to private donor yg contribute sumbangan tuk majlis dinner ni, dan juga untuk hi tea organizer kat Riyaz heritage + apartment berdekatan masjid kristal.
Now..... erm, study week. Kelmarin n 2 days ago ader test. Sekarang da lepas azab test. Hahaha. Will stop blogging for a while... bagi memberi laluan pada exam yg start from 25th October until 14th November.
Salam sayang buat semua. Wish me luck for the exam soon. Take care everyone.
Assalamualaikum....
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Salam sumer...
Betapa lamanya aku x mengupdate blog (sebulan seyy)
Dari before pose sampai td (dh sekarang aku ngah update ape..)
So ape cter sekarang???
This week memang penuh ngan test...
Siyesly memang aku sampai xtaw nak study mana satu
On isnin der test IF (Islamic Finance), selasa got test IFM (International Financial Market),
n khamis ader test ECO n CF
Salam sume...
Today is kind a busy + boring day... Pagi tadi around kol 10 am, Azi n Azu (they're not twin, neither siblings!) datang umah. Kami wt assignment for subjectInvestment Analysis. Myra still with her konvoi belia. Assignment ni aku sendiri xberape nak faham. Our lecturer, En Zaimi used to work at bank. So this assignment relate dengan investment.
1) Kena pilih 3 company from main board, but in different industry.
Can refer to the internet or newspaper.
2) Then download those particular yg dia da post kat i-learn.
3) As an investor, kami diberi rm100k to invest in that 3 company.
(that one da setel. Just how many shares yg kena beli dat we dunno yet.)
Pendek kata, esok WAJIB jumpa beliau to ask him regarding those things. Adoyai....
Then sambung plak with assignment Malaysian Derivative. But i'm not grouping with them.
So kira cari info before jumpa teammates and discuss. About how Baring Bank, the oldest bank in London collapsed. Assignment ni kena submit on the 1st day of fasting month a.k.a 11th of August. Xpela.. for others (fara, aidi, yani and liyas), aku da contribute something for our assignment... hahaha...
Part paling boring bila Azi n Azu dah balik. Rumah ni da jadi sunyi. Yus n Yna pegi keje, Nana n Shima pegi Chemerong with their lecturer, Ji in her room (might be), while others balik kampung. Even Iela balik tuk keje. OMG! so boring. I wish I can be home just like them.... Waaa...Kinda rindu with masakan rumah...
I'm still here coz kepting my promise to my bf as I will be helping him at his stall until the fasting month.
But last week, I've got opportunity to spend some precious time with my family. Kami pegi shopping at Megamall Kuantan, since ada sales gudang by Parkson. Beli baju for each of them adalah satu kepuasan bg aku. Although xikut diorang balik Kemaman, aku rasa puas hati coz dapat jumpa family.
Wahai bf ku.... Fahami la keadaan aku right now...
Sorry coz lambat sket update blog. Masih tengah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru... Currently aku dah pindah rumah sewa yang baru. Reason... Coz umah lama dah di ambil orang... huhu. Tapi yang ni lagi dekat jarak perjalanan ke kelas. Sekarang ni da xpayah lagi keluarkan duit tuk bayar tambang van tuk ke kelas, aku jalan kaki je cukup...
Aku sampai dungun by the time penyokong Jerman bersorak riang coz da menang ke atas Argentina. Well Maradona's group, selamat tinggal... hehe... Harap2 dapat la penyokong Argentina tu belanja aku makan pizza... yummy...
Kat rumah sewa baru ni, aku stay dengan other 10 penghuni (include Eila). Rumah ni bese2 aje, rate bulanan pun bleh tahan.
Anyway, ada yang lagi interesting... About my new baby!!!
Nak upload pix, lambat plak broadband ni... So aku cuma leh citer jela.
Kelmarin, aku dapat one big news... Loan da kuor... hahaha
Sekarang ni la aku rasa masa yang sesuai tuk sempurnakan hasrat d hati ini...
Berbekalkan dorongan dan bantuan dari boyfriend aku yang tersayang, kami ke M**** Terengganu.
Kat sana, kami survey yang terbaik tuk kegunaan aku.
Setelah diselidik sana sini, akhirnya the baby is mine... hahaha
Bunyi cam jahat je kan.
Sebenarnya baby yang aku maksudkan is my new handphone...
nokia E72 white...
Tapi memandangkan aku suke jugak ngan handphone boyfriend aku, kami akan switch jugak sometimes..
hehehe
between nokia E72 white with sony ericsson W995...
SEBELUM TIDO
6 minggu : gud nite sayannggg..!! mimpi indah2 ye.. ermmuacchh..!!
6 bulan : tolong matikan lampu tu.. silau laa..
6 tahun : sana sikit laa.. tido kalo x mengepit x boleh ke??
PAKAI TOILET
6 minggu : xpe, syg masak dulu ok.. abg x kisah..
6 bulan : lama lg ke ni..??
6 tahun : tok,tok,tok...!! (pintu digegar) kalo nak bertapa, pegi laa gunung ledang sana tu..
BALAS SMS
6 minggu : iye sayang, jap lg abg smpai umah.. syg, abg belikan murtabak favrourite u ye sayang..
6 bulan : traffic jam laa..
6 tahun : K
DATING PROCESS
6 minggu : I LOVE U, I LOVE U, I LOVE U
6 bulan : of course I LOVE YOU
6 tahun : iyalaaahhh..!! kalo i x cintakan u, buat apa i nikah dengan u..
PULANG KERJA
6 minggu : Sayannggg..!! abg dah balik ni..
6 bulan : I'M BACK..!!
6 tahun : Masak apa ari ni??
HADIAH (ulang tahun)
6 minggu : Sayangg.. abg harap syg suka cincin yang abg belikan utk syg ni..
6 bulan : I belikan lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah ni..
6 tahun : pakai duit u laa.. I xde duit, gaji ckit bulan ni..
TELEFON
6 minggu : Baby, ada org nak berbual dgn u ni.. hehe..!!
6 bulan : ehh, u call..
6 tahun : hish, ada fon bukannya nak angkat..baik x payah pakai fon, cmpak je dlm sungai tu haa..
MASAKAN
6 minggu : wahh..!! x sangka abg, syg pandai masak rupanya.. ermm.. rasanya pun sedaappp..!!
6 bulan : Kita nak mkn apa mlm ni??
6 tahun : Hish..! lauk ni lagi?? dah xde lauk lain ke??
MEMAAFKAN
6 minggu : Sudah laa, x apa.. dah pecah pun.. lain kali kita beli yang lain, ye syg??
6 bulan : Hati2, nanti jatuh tu..
6 tahun : Org dah pesan banyak2 kali pun masih lg x paham??
BAJU BARU
6 minggu : aduhh, sayanggg..!! cantik laa u pakai baju ni..
6 bulan : Laa.. beli baju lagi??
6 tahun : DAH HABIS BERAPA RIBU BELI BAJU TU..!!
MERANCANG HOLIDAY
6 minggu : Cuti ni kita g jalan2 kat tempat u suka, nak x honey..??
6 bulan : Kita g bukit Bintang je laa.. Senag ckit..
6 tahun : JALAN-JALAN?? KITA DUK UMAH AJE X BOLEH KE?? BUANG DUIT AJE..!!
TV
6 minggu : Baby, kita nak tengok cter apa mlm ni??
6 bulan : sekejap ehh.. cter bagus ahh..
6 tahun : JANGAN TUKAR2 BOLEH X??
CAMNI KE?? KORANG JE LEH NILAI SENDIRI
p/s: kredit to wani @ siput bersenam for this article...
Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku /Skandalku yang dikasihi,
1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.
2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.
3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.
4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.
5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut
6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.
7.Tolong jangan perli abang sebagai contoh perli solat tahajud malas tengok world cup rajin. Ini pedas amat ni kalah wasabi. Jadi, time abang tengah ralit tengok bola tu jangan sesekali sayang cuba naik mimbar baca khutbah atau pasang kaset ceramah Ust Asri bertajuk 'Solat Malam' di sekitar TV tu. Cuba try cari time lain untuk aktiviti amar makruf nahi mungkar itu sebab ketika tengok bola, fikiran orang lelaki ni dia tak berapa nak center. Kalau cukup center dia takkan bakar kerusi stadium yang tak tau apa apa tu.
8.Sayang adalah amat ditegah membuat ulasan bola tanpa pengetahuan spesifik lalu kedengaran sangat spastik atau keji sebenarnya. Contoh pertama ulasan tersebut, "haha muka pengadil macam Sabri Yunus" ketika pengadil bagi penalti kat team lawan. Contoh2, "Lar apsal la nak kejar bola sebiji tu, kasi la sorang satu." Contoh 3, "Eh corak Jersi dia macam warna langsir orang sebelah laaa." Contoh 4, "HAHAHAHA." Sayang gelak macam hantu kat player yang sedang bergaduh gara-gara team nak kalah. Team itu pula team pujaan abang. Haaa.. jaga-jaga. Tak kena gaya, ada yang makan selipar nanti.
9.Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.
10. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.
11. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a) Abang tak akan pergi,
b) Abang tak akan pergi, dan
c) Abang tak akan pergi.
12. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!
13. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”
14. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe
P/S
Dan satu lagi, jika kereta sayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.
Terima kasih atas kerjasama sayang.