skip to main |
skip to sidebar
Jangan Bersedih ~ Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda, kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu terjadi apabila anda sentiasa bersabar dan redha dengan segala ketetapanNya samaada susah atau senang.
RENUNGAN | Sesungguhnya semua benda yang ada pada diri kita hanya pinjaman, Hak Mutlak adalah milik ALLAH SWT termasuklah NYAWA kita sendiri.
MOTIVASI | "Berfikiran positif dapat mengelakkan penyakit. Apabila berfikiran negatif kita berasa tertekan. Rasa tertekan mendatangkan penyakit. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda". - Tn Syahrul Nizam Junaini
Kadangkala kita suka membuang masa hanya semata-mata untuk mencari kesalahan orang lain dalam apa jua yang mereka lakukan. Carilah kesalahan diri sendiri terlebih dahulu sebelum suka menyalahkan orang lain. Sesungguhnya tiada manusia yang serba serbi sempurna. Setiap manusia yang diciptakan Allah mempunyai kelebihan & kekurangan masin...g-masing. Sama-samalah kita renungkan...
- Ust Noor Hisham Ismail
Jangan Bersedih ~ Berilah hatimu untuk Allah, pasti Dia temukan padamu pemilik yang terbaik. Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Dia aturkan seluruh masa hidupmu sebaiknya..
RENUNGAN | Bersihkan diri kita dari sifat Mazmumah yang terkeji....semaikan dengan sifat Mahmudah yang terpuji, Insya Allah diri kita akan terhindar dari MUSUH yang ada pada diri kita. Diri kita adalah musuh kita sendiri sekiranya sifat yang terkeji masih menguasai diri kita...!!!
- Muhamad Kamil
CUBA RENUNGKAN | Jika kita dimarahi, kita mungkin pernah memarahi orang. Jika kita diumpat, kita mungkin pernah mengumpat orang. Jika kita dihina, kita mungkin pernah menghina orang. Selepas ini, sentiasalah letakkan diri kita ditempat orang lain. Jika kita tak mahu dihina, kita jangan menghina orang. Buatlah sesuatu y...ang baik terhadap orang lain, InsyaAllah, kebaikan itu akan kembali kepada kita. Itu hukum alam.
MOTIVATION | When you put good out you will get good back. What good have you been putting out? Ask ourself this question daily
- Prof Muhaya Mohamad
Jangan Bersedih - Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan didalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, melupuskan tekad dan menguburkan masa depan.
Jangan Bersedih ~ Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati. Sedekahlah orang yang papa, tolonglah orang yang terzalimi, ringankan beban orang yang menderita, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang... terkena musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua sisi kehidupan anda!
RENUNGAN | Salah satu sifat orang bertaqwa adalah memaafkan. Erti sebenarnya adalah memaafkan sebuah KESALAHAN bagi yg melakukannya, yg biasanya tidak layak menerima kemaafan. Itulah kekuatan org bertaqwa, iman & hati mrk mampu songsang arus nafsu lalu memaafkan walau aqal kelihatan tidak mengizinkannya.
- Ustaz Zaharuddin
2 usul laen:
Terima kasih kerana memetik kata-kata saya. Saya juga memetik daripada sumber asal. Cik puan tertinggal tanda " ".
"Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan."
Maafkan saya atas kecuaian saya.
Terima kasih atas kata-kata yg penuh informasi ini.
Post a Comment