"Apa lagi yang dia inginkan? Belum cukupkah lagi pengorbanan yang telah kau lakukan padanya?"
Hati ini bukannya sekenyal chewing gum, atau sekeras kerikil. Mudah saja dia lukakan hati kau.
Dan kau... terima apa saja. Seolah-olah kau menerima ketentuan dari-Nya. Tapi sampai bila?
Bila lagi dapat kau rasa kan pujuk rayu, belaian mesra darinya?
Semalam dia lakukan perkara yang mana-mana perempuan pun sukar tuk terima. Tapi kau cuba lalui dan terima semua ini. Kata kau, kerana kau masih sayang, kau mahu dia berubah.
Tapi adakah dia sedar akan niat sucimu?
Kau dan dia sering bertelagah dalam bicara. Masing-masing cuba menegakkan benang yang basah walhal kebenaran cuma satu. Kenapa mesti begitu? Di mana kelembutan yang diterapkan selama ini?
Di mana kelembutan dan kasih sayang nya pada kau? Takkan selepas dapat apa yang dia hajati, kau pula disakiti. Lelaki dan wanita adalah diciptakan untuk saling melengkapi. Kenapa hanya kau yang melengkapi dia? Adakah dia kurang memahami diri kau seadanya...
Kelihatan kau tak berubah. Kau masih tegas, peramah dalam bicara. Paling nyata kau cengeng. Kau harus TABAH... Ketentuan tuhan ini bukan kita boleh jangka. Macam-macam yang boleh terjadi sekarang, dan mungkin pada masa hadapan.
Biarkan airmata itu mengalir, jangan diseka lagi. Hanya itu saja yang mampu buat kau lebih tenang....
Selamat mencari2....
Friday, June 18, 2010
::Emotion::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 usul laen:
is this ur story???
sort of...
Post a Comment