Post kali ni agak laen sket. Yela, coz nak mengimbas some memorable moments sepanjang tahun 2009 ni. Less than 24 hours, we'll be reaching new year, 2010.
1st of all, aku akan merindui kenangan bersama kawan2 diploma batch Julai 2006. Kami yg cipta rekod batch teramai. Huhu... it's hard to believe, isn't it? Awal tahun merupakan semester terakhir aku sebagai student diploma. Banyak projek n assignments nak d siapkan. Xde masa nak bermegah sebagai senior d kampus. Aku plak bertukar bilik ke Redang 5, level atas skali. Memang betul2 mencabar. Hari2 mendongak ke langit, tengok bilik yg tinggi bebenor.. Mujur la ada sorang classmate aku yg tinggal kt depan bilik aku. Dia teman aku g makan, lepak2 release tension, n study. Just satu jer aku xikut dier, p JOGGING. Besela, weekend aku agak malas sket bangun awal.
Setiap kali ada group assignment, merayau2 la aku ke bilik kawan2. Paling jauh ke Karah, bilik kak ecah. Memang xley lupa bila assignment ke reject n kena buat balik. Dugaan besar tu... hoho. Kadang2 berkumpul kat library. Tokey broadband jd kaya sekejap bila group kitorang duk sewa broadband diorang.
Tuk subjek BD, group aku jual pizza dan muffin. Sambutan boleh tahan... Bila dah ramai student amek subjek ni, jadi banyak persaingan. Event paling besar skali masa jualan besar2 di datsu. Masa tu timbul idea tuk jual kek. Memang laku tol la... Share pun dapat banyak... hehe.
Bila dah dapat result, sob3... aku kena repeat subjek International Business. Masa tu rasa gelap skejap dunia. Tapi last2 aku amek supplementary exam. Alhamdulillah.... akhirnya aku da clear paper...
Macam yg korang tengok dari post2 aku yg lepas, tahun ni juga aku bergelar graduan Diploma Pengajian Perniagaan.... Yang ada tuk meraikan kejayaan aku ialah my beloved Mr D, kakak aku, and her husband. Masa tu xde rezeki untuk aku further degree. Goodbye kawan2... I'll catch up soon... hurm...
6 bulan menetap d rumah ckup mengubah aku, dari segi mental dan fizikal. Kat rumah aku just buat keje rumah dan jaga anak buah aku. Banyak melayan kerenah2 manusia d rumah yg telah aku abaikan sepanjang aku belajar d kampus. Dari segi fizikal, aku makin chubby... hahaha...
Bulan 11 menyaksikan keberangkatan ma dan abah untuk menunaikan rukun islam ke 5. Rasa sunyi jer kat umah. Adik2 plak telah d eksport ke Singapura bersama nenek. Bosan y amat duk sorang kat rumah. Waktu tu aku cuma harap one day I'll be back on the track, to be a student again. Bukan nya apa, aku just nak masa aku terisi dengan sempurna. Duk rumah, hari2 layan internet jer, xpun astro.
Tup2.... bla check je result, SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA DITAWARKAN TEMPAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (KEWANGAN). Yahoooooo..... melompat la aku. Suka sangat bila doa aku termakbul. Xkisah la kos aper pun yang aku dapat, as long as impian aku tuk further study dah tercapai.
Waktu korang baca post aku ni, aku masih lagi in progress packing barang. Perkara pertama yg aku akan buat pada tahun baru ialah pindah masuk ke rumah sewa. I'm so excited. Aku tahu belajar as degree student ni memang susah, but at least I wanna give a try. Struggle sampai satu masa, get my degree.......... Doakan aku mampu sampai ke tahap itu.....
Selamat mencari2....
Thursday, December 31, 2009
...Selamat tinggal 2009...
Corat coret madam Ja pada detik 2:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 usul laen:
Post a Comment