BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selamat mencari2....

Thursday, December 31, 2009

...Selamat tinggal 2009...

Post kali ni agak laen sket. Yela, coz nak mengimbas some memorable moments sepanjang tahun 2009 ni. Less than 24 hours, we'll be reaching new year, 2010.

1st of all, aku akan merindui kenangan bersama kawan2 diploma batch Julai 2006. Kami yg cipta rekod batch teramai. Huhu... it's hard to believe, isn't it? Awal tahun merupakan semester terakhir aku sebagai student diploma. Banyak projek n assignments nak d siapkan. Xde masa nak bermegah sebagai senior d kampus. Aku plak bertukar bilik ke Redang 5, level atas skali. Memang betul2 mencabar. Hari2 mendongak ke langit, tengok bilik yg tinggi bebenor.. Mujur la ada sorang classmate aku yg tinggal kt depan bilik aku. Dia teman aku g makan, lepak2 release tension, n study. Just satu jer aku xikut dier, p JOGGING. Besela, weekend aku agak malas sket bangun awal.


Setiap kali ada group assignment, merayau2 la aku ke bilik kawan2. Paling jauh ke Karah, bilik kak ecah. Memang xley lupa bila assignment ke reject n kena buat balik. Dugaan besar tu... hoho. Kadang2 berkumpul kat library. Tokey broadband jd kaya sekejap bila group kitorang duk sewa broadband diorang.


Tuk subjek BD, group aku jual pizza dan muffin. Sambutan boleh tahan... Bila dah ramai student amek subjek ni, jadi banyak persaingan. Event paling besar skali masa jualan besar2 di datsu. Masa tu timbul idea tuk jual kek. Memang laku tol la... Share pun dapat banyak... hehe.


Bila dah dapat result, sob3... aku kena repeat subjek International Business. Masa tu rasa gelap skejap dunia. Tapi last2 aku amek supplementary exam. Alhamdulillah.... akhirnya aku da clear paper...


Macam yg korang tengok dari post2 aku yg lepas, tahun ni juga aku bergelar graduan Diploma Pengajian Perniagaan.... Yang ada tuk meraikan kejayaan aku ialah my beloved Mr D, kakak aku, and her husband. Masa tu xde rezeki untuk aku further degree. Goodbye kawan2... I'll catch up soon... hurm...


6 bulan menetap d rumah ckup mengubah aku, dari segi mental dan fizikal. Kat rumah aku just buat keje rumah dan jaga anak buah aku. Banyak melayan kerenah2 manusia d rumah yg telah aku abaikan sepanjang aku belajar d kampus. Dari segi fizikal, aku makin chubby... hahaha...


Bulan 11 menyaksikan keberangkatan ma dan abah untuk menunaikan rukun islam ke 5. Rasa sunyi jer kat umah. Adik2 plak telah d eksport ke Singapura bersama nenek. Bosan y amat duk sorang kat rumah. Waktu tu aku cuma harap one day I'll be back on the track, to be a student again. Bukan nya apa, aku just nak masa aku terisi dengan sempurna. Duk rumah, hari2 layan internet jer, xpun astro.

Tup2.... bla check je result, SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA DITAWARKAN TEMPAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN) (KEWANGAN). Yahoooooo..... melompat la aku. Suka sangat bila doa aku termakbul. Xkisah la kos aper pun yang aku dapat, as long as impian aku tuk further study dah tercapai.


Waktu korang baca post aku ni, aku masih lagi in progress packing barang. Perkara pertama yg aku akan buat pada tahun baru ialah pindah masuk ke rumah sewa. I'm so excited. Aku tahu belajar as degree student ni memang susah, but at least I wanna give a try. Struggle sampai satu masa, get my degree.......... Doakan aku mampu sampai ke tahap itu.....
READ MORE ...

Monday, December 28, 2009

...Ayang Vs Abang (copy from my friend's facebook)...

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance… ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,

ayang

ni abang lak bagi… .

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja… lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa… hahahhahahahahh
READ MORE ...

Thursday, December 24, 2009

...Kepulangan yang dinanti...

21 Disember 2009...

Jam 6.o5 petang sampai d airport Kuantan. Carpark hampir penuh. Biasa la, ramai sanak saudara yg datang tuk menyambut kepulangan ibu/bapa/tok yg di rindui...

Sementara menanti flight tiba, macam2 gelagat manusia yg dapat aku lihat. Yg agak berusia duduk bersembang sesama mereka, kanak2 berlari2 ntah ke mana2. Aku pula berdiri d sudut dunia, sambil melaporkan segalanya pada Mr D. Hujan turun yg menggila seolah2 mengerti gelodak kehendak manusia yg merindui saudara nya.

Kebosanan dan kepanasan menyelubungi diri ini. Lalu dengan confident nya aku ke kiosk berhampiran dan beli aiskrim. Hehe... Sekadar mendinginkan diri. Kedatangan kakak iparku membuahkan senyuman d bibirku tatkala beliau dengan humble nya belanja kami (termasuk adik2 ku, xlupa jua anak2 nya). Lalu sekali lagi dengan megah nya kami turut meng order sweet corn. Lalala~ terima kasih.... ('-')

Sambil menjamu selera, kulihat sebahagian dari ahli keluargaku membawa bekal yg berupa kuih muih. Mungkin jika kubawa tikar mengkuang, complete sudah picnic mereka. Huahuahua.

Detik ketibaan pesawat yg membawa pelancong+jemaah haji hampir tiba apabila petugas mengumumkan mereka akan melalui petugas keselamatan. Sanak saudara berpusu2 ke pintu ketibaan.





Begini la situasi mereka. Bersesak2 mencari ruang yg sesuai agar d lihat oleh saudara mereka. Tak kurang juga ada yg melambai2 kan tangan. Aku menanti d balik cermin kaca yg memisahkan ruang antara ruang petugas keselamatan dan ruang menunggu.







Dari jauh dapat kulihat pelancong2 dari Kuala Lumpur yg keluar. Mereka kelihatan agk kurang selesa melihat kebanjiran manusia d pintu ketibaan. Namun tatkala jemaah haji yg pertama keluar, kelihatan anak dan cucu tampil ke hadapan dan memeluknya. Suasana gembira bercampur lega apabila saudara mereka selamat tiba.






Ku lihat abang kandung ku melihat susuk tubuh yg duduk d kerusi roda. Itu la abahku. Biase la, dia ni agak feelin' sensitive. Almaklum la dia ni the eldest and the only man in my siblings.







Kerusi abah d sorong oleh kakitangan dari Rayhar Travels. Dari jauh kulihat senyuman nya. Lantas pabila beliau melintasi pintu ketibaan, beliau dipeluk abangku. Sob2... syahdu gilerr...
Semua yang menanti ketibaan abah membuntuti haluan kerusi roda beliau. Aku masih terpaku di situ, menanti kan seorang lagi insan yang penting di dalam hidupku.



Ma... Beliau yang ku nanti2 kan... Wanita hebat yang telah melahirkanku dan juga 7 lagi saudaraku. Ma keluar agak lewat sedikit memandangkan beliau yang menolak troli yg berisi barang2 miliknya dan abah. Kulihat wajahnya agak pucat. Mungkin kerna perubahan mendadak cuaca di Madinah dan juga di Malaysia. Aku menyambut nya beberapa meter dari pintu ketibaan dengan senyuman dan penuh rasa sebak di dada. Sape la xrindu mak sendiri ooii....
Seperti biasa, tugas abangku menolak troli. Waktu yang singkat di habiskan dengan pelukan sanak saudara dan perbualan mereka.

Keadaan mulai surut. Orang ramai mula beransur pulang ke kediaman masing2. Pastinya jemaah yg tiba agak kepenatan setelah melalui 2 penerbangan Mekah-KLIA-Kuantan. Wish putih tiba di perkarangan airport. Barang2 di bawa masuk. Abah, ma dan wan turut menaiki kenderaan itu. Aku dan yg laen2 turut beransur pulang menaiki kenderaan masing2.
Haha... sempat lagi aku janji dengan Mr D untuk tiba di rumah sebelum 9.15 malam. Dan akhirnya..... Aku tiba pada jam 9 malam. Hooray... satu kemenangan buatku. Lalala~
READ MORE ...

Thursday, December 17, 2009

...My BIRTHDAY...

15 Disember 2009

Di ambang ulang tahun kelahiran ku yang ke 21, macam2 masalah yg melanda...
Biasala, misunderstanding. Aku bukan bermaksud untuk membuat 'nya' terasa hati. Aku marahkan orang lain, dan kebetulan aku luahkan pada 'nya'. Di sebabkan orang yang aku marah tu too close dengan 'nya', menjadikan 'nya' marah padaku. Aku bukan xmahu mintak maaf, tapi perbuatan nya di malam tu cukup membuatkan aku untuk tidak memohon maaf. Sorry to say, niat aku tuk mintak dh mati dengan sikap nya. Tapi air yang di cincang xkn putus. Aku xmarah pun. Bagi aku, family is important. No hurt feeling.

Seperti biasa, kemas rumah is still on schedule. Rasa rajin sket hari ni, so aku masak for lunch+dinner. Dah nama pun duk sorang kt umah. Just lauk sardin with telur goreng. Nak masak grand2 pun xguna low sekadar cuma aku sorang yang makan. Ingat kan xke mana hari ni. Supposed hari ni der test komputer, tp dah di tunda. Bla3... tunda lagi.

Petang, around kol 2, Mr D datang n bawak aku ke Kuantan.


This pix was snap masa Mr D kuor tuk beli roti kt lori Gardenia



1st stop kat Megamall. Aku p beli tiket movie sementara Mr D look for carpark. Then kitorang jumpa kt starbuck. Lunch kt restoran taj. Menu as usual, nasi beriani.
After that, went back to Megamall. Ada skuad era kt depan Megamall. So, kami jawab la tiga soalan n dapat 3 hadiah


Hadiah yang kami dapat... so fun



Memang xlengkap la low xbeli something and..... race daytona kt arcade. Ntah berapa round kami race.




Pose lepas habis race... huhu




Aksi seorang juara..... hahaha


Then kami p tonton movie. Movie yg aku pilih was "SANTAU". So scary tp best.
Habis movie, kami p jalan2 kat ECM.









Kembali semula ke Megamall coz he got suprise for me.
Last stop, kami ke TC. For celebrating my birthday




Our dinner...




This is the suprise from him.... A blueberry cheese cake





And the song begin...




Aksi potong kek yg agak pelik.... hurm...






Thanx cyg for lovely day...
READ MORE ...

Sunday, December 6, 2009

...Salam aidiladha...

Tahun ni sambutan ala kadar je.
Abah ngan Ma pergi menunaikan haji
Semoga selamat pergi dan pulang...
Kami adik beradik just siapkan hidangan y biasa
My sis and me masak kuah kacang and nasi himpit, while her hubby bakar sate
Sambil tu duk kemas rumah la...
Thanks for my bro's mother-in-law coz buat kan nasi minyak.
Adik2 raya kat Singapore with nenek.
Can't bear to hear their tears--> nak balik umah!!!
Talking about tetamu... hahaha
Mr D balik kampung... so it can't be him....
Yang datang just miss emmi with aiman.
Tu pun masing2 makan leh tahan... terutama miss emmi
Dahsyat2.... huhu
But thanks coz sudi datang



Miss emmi with Madam D... captured by Aiman



Selamat hari raya!!!



Buang tebiat kejap... hahaha


p/s: Jiran bagi danging korban. So do miss emmi. Thanx yer!

READ MORE ...

...Birthday Haziq...



Happy 4th birthday (16/11/2009)
Celebrate awal sehari, coz my sis in law cuti
Pendek citer, ramai la budak2 kt sana
(kami meramaikan lagi.. huhu)



Myra and Haziq



Cepat2 potong kek!!



Malu2 la plak cik Pia ni...



Eddy pun nak jugak...



Eddy, Ateh, ngan Achik (me)

READ MORE ...

...Happy birthday dear...


7th November 2009...
Birthday Mr D yang ke 24...
Ada ke pat0t dia bangun lewat (petang)??? ishk3...
Xpe2... Mr D still datang pick me up

As his special day, kit0rang sambut kt Kuantan.
Just a simple dinner...
Segan gak, c0z l0m beli ag present
But he's co0l...

B4 balik, kit0rang lepak2 kt TC
Teng0k persembahan Michael Jackson fake... hahaha
Tetiba terpandang 1 s0uvenir ringkas but agk cute
It's a small vase with l0ve clip on it.
Since b0leh write smthg on it,
adela yg special madam tulis... hehe
And xlupa take away McD..

READ MORE ...

Friday, December 4, 2009

...My CONVOCATION day...

22hb Oktober 2009
  • bertolak dari Kemaman agak lewat-petang
  • berhenti di Hentian Temerloh-makan, rehat (mr D)

so oily maa...


captured him tgh usya dak junior...


  • sampai shah alam tengah malam
  • lapar... went to PKNS-->mcDonald
muka lapar+letih drive... hahaha


kumenanti dengan sabar.... huhu


  • balik rehat at Intekma (seksyen 7)
  • tidur.......zzzzzz


23 Oktober 2009
  • ke UiTM-->amek jubah, sesi raptai
  • jalan2 cari makan... h0h0h0
SACC...


lunch kat PKNS... pastu stop by... rileks2 dulu


Mr D xpuas hati pix yer xde... hehe


Beli d SACC mall tuk stok d bilik... lalala


My favourite... thanx dear...

  • Then balik hotel, take a nap for a while....zzzz
  • Miss Hana kol ajak lepak... klas ye cancel today
  • Amek Miss Hana n Izzati (classmate mase form 2) kt depan kolej seroja
  • Lepak2 d medan selera kt seksyen 2 (sebelah KFC)


ABC ku yang semakin mencair...


Cendol nyer... enteframe tol la


  • dekat maghrib, hantar Miss Hana n Izzati balik
  • 3 kali pusing roundabout y sama... hahaha (pasal slah faham Miss Hana ngn Mr D)
  • balik hotel, bersiap
  • malam-we went dinner with abah, dada n hisyam at KL International Hotel
  • balik-midnite.... tido.....zzzz

24hb Oktober 2009
  • Jalan2 day...
  • Ke The Curve, One Utama
  • Xsah la low xshopping... hehehe
  • Watch 3D movie, "Cloudy with a chance of meatballs"-->treat by hisyam n dada (tq!!)









  • malam-ke KLCC
  • Pameran motor GP...
  • Especially for Mr D... love u!
Pelumba favourite Mr D... Valentino Rossi


Kami d Pameran Motor GP@KLCC


  • Then ke Mid Valley-watch movie... again
  • With Dilah.... midnite movie...PAPADOM

Dilah and me after movie...


  • Around 2 am, hantar Dilah balik
  • Balik tido....zzzz

25hb Oktober 2009
  • Convocation day... bangun lewat!!! hahaha...
  • Xsempat breakfast n check out hotel
  • Jumpa hisyam n dada kt shell seberang gate UiTM
  • Melalui liku2 y lucu... bas laju cam roller coaster
  • Hisyam balik tido... penat kot...
  • Sampai 2 jer terus kena bersiap

Mc Ya n me... tq for tolong persiapkan beta... hehehe


  • Beratur panjang... my turn was 590!!!
  • 2 kali kena check suhu... once masa nk naek bas tadi... once masa beratur
  • hygiene... cuci tangan, wear face mask...

Kelakar x??


Pas habis sidang... pix with Syafa...


Dada n me...


Mr D with Madam D...


Ehem... bangga siott... haha


  • Pegi pulang jubah n dapat transkrip with diploma
  • Dapat bunga dari Mr D... tq cayang...
  • Panas terik... terus balik
  • Naek roller coaster... again
  • Hisyam dah tunggu kt bus stop
  • Lunch time... Hisyam belanja
  • Rehat kt umah Mummy...
After renovation...


-------------------------------------Conclusion--------------------------------------------------

  • I'm having fun
  • Grad diploma from UiTM
  • Vacation with my love

READ MORE ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...